Tuesday, January 25, 2011

Apa yang dirasakan…..

 

 

 

 

 

Kepada yang kusayangi dan kucintai seumur hidupku,

 

Terima kasih kerana sudi menjadi penyeri dan peneman hidupku selama kita berkenalan. Saya sangat bersyukur kepada Tuhan kerana telah menemukan kita walaupun dalam masa yang singkat. Selama perkenalan kita, saya tidak pernah merasakan kekurangan dan keburukan yang ada pada diri awak. Saya selalu melakarkan memori indah kita semasa bersama didalam ingatan dan didalam sebuah album istimewa kita berdua. Pada mata saya awak merupakan teman yang sangat tidak ternilai harganya. Awaklah pelengkap hidup saya setelah bertahun-tahun saya kesunyian tanpa teman disisi. Untuk pengetahuan awak, selama awak berada disisi saya kegembiraan saya tidak terhingga sehinggakan saya takut untuk kehilangan awak. Saya takut jika awak meniggalkan saya dalam sekelip mata dan hilang tanpa pengetahuan saya. Saya berharap dalam hati dan seluruh jiwa dan raga awak hanyalah untuk saya seorang. Saya rasa sangat bahagia apabila saya dapat buat semua perkara untuk awak. Saya akan berasa lega jika saya tidak membebankan awak. Saya harap apa semua yang saya lakukan untuk awak membuatkan hari-hari awak indah. Segala pemberian saya kepada awak hanyalah tanda sebagai ingatan awak kepada saya. Segala pemberian awak kepada saya telah saya semadikan ia ditempat paling agung sekali bagi saya. Saya tidak jemu menatap wajah awak setiap hari saya mencelikkan mata. Bagi saya setiap kali hari saya dihiasi dengan wajah awak, member saya semangat untuk hidup dan menempuh sisa-sisa hari yang tinggal. Cukuplah hanya awak sahaja yang berada dalam setiap sudut ruang hati saya. Orang lain tidak boleh menjadi pengganti diri awak dalam hati saya dan tidak akan sama dengan awak. Jika boleh saya lakukannya selagi hayat masih ada, akan saya menjerit disetiap sudut bumi bahawa “hanya awak yang saya cintai”. Jika boleh setiap saat saya ingin berada disamping awak supaya setiap saat yang tinggal itu boleh dipenuhi dengan memori yang indah-indah dan tidak terbazir begitu sahaja.

Awak, sesungguhnya saya tidak pernah berpaling daripada diri awak. Jika saya perlu pergi dahulu, awak harus teruskan hidup awak walaupun tanpa saya. Jangan sesekali melupakan memori indah kita bersama. Awak juga janganlah bersedih dan bermuram durja apabila ketiadaan saya disisi. Jika perlu dan mesti, awak carilah pengganti diri saya jika awak merasa sangat sunyi apabila keseorangan. Saya akan tenang disana jika awak sentiasa gembira dan bahagia dalam hidup. Jika saya tiada juga nanti, awak jangan lupa untuk solat lima waktu dan solat sunat dan baca alQuran. Sesungguhnya itu sahajalah penenang hati dikala hati gundah dan penguat iman tatkala iman semakin goyah. Untuk yang terakhir kali, HANYA DIRIMU YANG KUCINTAI DAN KUSAYANGI SEHINGGA DIAKHIR HAYATKU. Tiada yang dapat menjadi pengganti dirimu dalam hatiku.

 

Terima kasih untuk segalanya.

 

YOU ARE THE SIMPLEST LOVE I HAVE KNOWN AND THE PUREST ONE I HAVE OWN

YOU ARE THE REASON I FEEL SO ALIVE

AND CUZ OF YOU I DONT HAVE TO WONDER WHY

YOU ARE MY THE GREATEST LOVE OF ALL

 

Yang sentiasa mencintaimu;