Monday, March 04, 2019

Nafas Baru dan Inspirasi

Assalamualaikum,

Rasanya dah lama meninggalkan blog ni kerana tidak berkesempatan untuk menulis apa sahaja tentang diri aku pendapat aku dan apa apa yang aku ingin ceritakan.

Bila buka je lembaran baru ni banyak sangat habuk...atas bawah kiri kanan debu setebal seinci...
Nampak tak tipunya kan..hihi..

Entah la tiba tiba rasa nak menulis balik oleh kerana 'this exotic guys' pernah berkata ttg blog aku ni..Selain luahan perasaan, pendapat dan tentang diri sendiri mungkin kali ini lebih banyak untuk mengarap.Jika dapat setiap apa yang aku lakukan selama 29tahun ini nak dicatatkan disini.Tapi tengoklah jika ada lebih masa Insyallah pasti ada disini.

Harapnya tahun 2019 ini akan ada satu keajaiban untuk aku menemui kebahagian.Banyak telah aku lalui tahun tahun yang lalu.Macam macam benda yang aku hadapi selama 29 tahun ni.Cumanya apa yang telah berlalu dan berlaku akan menjadi sejarah dan kenangan.Baik yang sedih  gembira suka duka.

Bila fikir fikir balik rasa macam banyaknya benda nak dimasukkan dan dipadatkan kat dalam blog ni...Hampir 7 tahun tidak terusik halaman ni.

Banyak benda nak cerita dan banyak benda nak kongsi.

Jari jemari aku dan otak aku sedang bergabung tentang apa yang nak dituliskan untuk hari hari yang akan datang.Sel sel semua tengah bekerja .


Tengok gambar pun dah tahu depa tu maksudnya banyak gila nak diceritakan.



Wednesday, October 03, 2012

MY `CRAZY LOVE` STORY (based on true story and experience)


Bila teringat balik kisah lama kadang kala sangat memalukan tetapi itu sebenarnya banyak memberi pengalaman kepada aku. Bagi aku selain dari belajar, memantapkan skill dalam apa jua yang aku ingin miliki pengalaman juga perlu sebagai `alat bantuan` dalam setiap perkara yang  akan aku lakukan.
Penceritaan yang ingin digarap pada malam yang hangat ini diiringi dengan muzik untuk dendangan halwa telinga yang berbagai genre aku dengar telah meluahkan begitu banyak idea-idea cerita dan isi-isi yang akan dimampatkan. Ada suka, gembira, ceria, sedih, pilu dan macam-macam 1001 perasaan menusuk minda aku.
Klu atau pembayang untuk MY STORY malam ini ialah CINTA atau LOVE. Semua orang ada cerita tentang cinta tapi setiap satunya berbeza jalan cerita. Jadi cerita yang ingin aku sampaikan adalah daripada pengalaman yang aku lalui. Cerita ini mungkin tidak Nampak sangat menarik atau sekadar ordinary sahaja tapi sebenarnya tujuan hanya untuk berkongsi dengan sesiapa sahaja yang rajin membaca apa sahaja genre cerita.

Kisah ini bermula sewaktu aku  menetap di kolej selama setahun. Aku telah ditakdirkan untuk jatuh hati kepada seorang hamba Allah yang bernama lelaki. Lelaki ini tidaklah sekacak Josh Harnett tetapi lebih tinggi drpd dia, cukup solat dan mengaji, pandai, minat bersukan, tidak terlalu rapat dengan perempuan. Bagi aku yang istimewa dia ini di mata aku ialah ketenangan pada wajahnya bila ditenung dan senyumannya. 2 perkara ini sahaja membuatkan mata aku terus buta oleh CINTA.

Ah rasa kelakar sebab apa sahaja yang dia buat aku suka. Ini gila bayang tahu. Bertambah la gila bayang apabila aku dan dia satu kuliah. Dan sekarang adalah masa aku naik miang. Boleh pulak aku duduk dekat kerusi yang akan satu baris dengan dia tujuannya adalah untuk memerhati sepanjang kuliah dijalankan. Aku lagi suka kalau kuliah lama terutamanya kuliah kimia dan fizik. Bila difikir balik macam terlalu Nampak yang aku memang suka gila kat dia. Aku banyak tahu pasal dia daripada kawan baik aku sendiri sebab dia satu kelas dgn kawan baik aku. Serba serbi mengenai dia aku tahu. Lama kelamaan kesemua budak kelas dia tahu memang aku suka snagat kat dia. Nak kata aku rasa malu pun tak jugak sebab semua budak kelas dia memang aku kenal. Haha nasib baik takde la rasa malu sangat. Itu jadi perkara biasa bila suka seseorang.
Dalam beberapa bulan akhirnya dapat juga aku dan dia berkenalan, bertegur sapa tapi aku masih tak berani nak minta no telefon.MALU. lama kelamaan dapat jugak daripada bff aku tapi dengan kebenaran dia. Apalagi suka girang aku tak terkata. Setiap hari sebut dia dia dia, cerita semua pasal dia kat members bilik dan yang rapat2. Kalo boleh nak SMS tiap2 hari tapi disebabkan berbeza talian so terpaksa selang seli untuk menjimatkan kredit. Tapi aku masih tidak berani menelefon dia dan menyatakan hasrat hati aku.  Aku je yang selalu memulakan dahulu. Dan sekarang sudah berani telefon tapi tidak selalu dalam sebulan 2 kali sahaja. Makin bertambah gila meroyan agaknya aku masa tu. Mesti dia ingat aku terhegeh-hegeh sangat kat dia.haha lawak gile..

Ada satu masa tu aku telefon dia aku jadi romantik jiwang gile. Apa yek dialognya ah bunyinya begini`kalau ada bulan dan bintang awak nak pilih yang mana?`yekk bile ingat balik rasa nak muntah ada jugak. Apalah NUR SYAZWANI ni buat agaknya. Memalukan diri sendiri. Pada masa yang sama aku pulak buat pengakuan SUKA CINTA kat dia. Tapi jawapannya bergantung tanpa tali. Tapi aku tak sedih sebab aku dah tau apa jawapannya. Biasa la itu namanya lelaki itu matang dalam membuat sesuatu keputusan. Lagipun dia ada tanggungjawab lain selain daripada bercinta ni.BAGUS. waktu itu kan tengah belajar mungkin bagi dia masa kurang sesuai. Opps terlupa aku suka dia bersilat. Itulah x factor dia yang buat aku bertambah suka dekat dia.

Waktu ke pengakhiran semester dah nak dekat tapi aku takda satu pun gambar dengan dia. Dengan semangat kental yang kuat dan berani pada waktu majlis MAKAN MALAM aku dan dia bergambar. Dan mungkin juga adalah takdir jodoh kami sewaktu PERTANDINGAN KAWAD KAKI aku dan dia sama-sama turut serta tetap mengambil kesempatan ambil gambar bersama. SERONOK nyeeee...





Ada satu masa aku sedih sangat bila terasa waktu perpisahan semakin dekat. Aku pernah mengalirkan air mata semasa bercakap telefon dengan dia. Fikiran aku waktu itu sangat sedih untuk berpisah.`kalau ada jodoh pasti kita akan bertemu lagi, jangan bersedih` itu kata-kata dia yang aku masih ingat.

Aku ingat lagi masa hari jadi aku.aku ada pelan dengan member aku supaya ingatkan dia tentang hari jadi aku tu supaya dia telefon aku sebagai orang yang pertama. Bila je die telefon aku senyum sampai ke telinga tau terlompat-lompat kat atas katil adalah jugak. (tersenyum sebab rasa macam budak-budak)

Bab lain pulak sewaktu peperiksaan terakhir, untuk semester pertama aku ada bagi si dia hadiah Tali Leher dan Surat Cinta (haih). Habis je terkejar-kejar aku cari dia. BFF aku turut terlibat sama. Disebabkan berdebar-debar BFF aku yang menyampaikan hadiah itu.aku tengok dari jauh je. Padahal lari berkejar bagai nak rak supaya dia tak hilang dari pandangan.tujuan aku bagi tali leher supaya bila dia pakai dia ingat siapa yang bagi. Tujuan surat cinta tu pulak supaya senang die nak selit2 surat 2 kat buku supaya nanti mana tahu satu hari dia terjumpa balik sampul surat tu die suka kat aku pulak. Angan- angan aku sahaja masa tu.kalau itu menjadi takdir aku dan dia alangkah seronoknya cerita ini jadi mimpi yang nyata.

Bila dia main bola waktu petang aku mesti turun tengok dia main. Ada satu masa tu PERTANDINGAN ROKET, aku turut serta tapi tidak menyangka yang dia pun ada sekali. Malunya bila roket aku tu melayang dah la ramai orang pulak masa tu dengan dia pun ada.SO SHAME. Tapi walaupun dah tersingkir awal dia dapat masuk AKHIR jadila.aku pegi jugak sokong dia. Akhirnya menang jugak dia. Aku siap wish tau. Aku ingat lagi masa tu dia dah jalan kat depan dengan kawan-kawan pastu aku terus telefon dia dan aku suruh dia pandang belakang aku lambai dan ucapkan tahniah, dia hanya tersenyum memandang.Aku pulak apalagi gembira sakan. Balik bilik masih terbayang-bayang.

Aku rasa ini sahaja cerita aku `cinta gila / CRAZY LOVE`. Walaupun terputus hubungan sebab aku dan dia mengikut hala tuju ke university masing-masing. Setelah lama tidak berhubung, akhirnya aku diberi kekuatan untuk menjalinkan kembali persahabatan aku dan dia melalui mukabuku serta telefon bimbit melalui pesanan ringkas. Hanya jalinan persahabatan sahaja yang boleh menjadikan kami berdua terus berhubung. Jika jalinan percintaan bukan takdir aku dan dia pasti ada hikmah disebaliknya. Ia satu pengalaman bagi aku walaupun hanya sedikit. Terus terang aku memang tidak pernah bercinta dan berpasangan dengan sesiapa pun selama 22 tahun.

SEMOGA SESIAPA YANG MEMBACA KISAH PENGALAMAN DIATAS DIHARAP TIDAK BERSANGKA NEGATIF MAHUPUN POSITIF. ANGGAP SAHAJA IA SEBAGAI HIBURAN BAGI ANDA.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGIKUTI KISAH INI…

Now I’m realize that my soulmate that arrange by ALLAH will present when the time has come. Maybe it is not today but maybe tomorrow. I do not know so do everyone in this world.



Saturday, December 17, 2011

another step to find a true life and heaven...

Guess what im thinking now...its all about what my life is going to do after this???
Todays and now im in final year of grabbing My BSc in Textile Technology...
after that???selepas e2???

common answers is career and job...i still think this too...
but what im gonna tell whats in my mind is besides that....
HAVING A SOULMATE...haha...what a jokes...
without experience in couples with someone...
without knowing who will be my true love..
confuse in choosing the right one who is my soul mate, the one i like, and the one i love...
WANI CINTAILAH SI DIA HANYA KERANA ALLAH...

 i ask one of my soul friend eva....who do you think will be my soul mate???what it looks like???
ANSWER: there will be one...dont worry...it must be someone kind and may look into ur heart truthfully..

after year by year busy with study...how come that thing comes to my mind...
i dunno...tp perasaan itu hadir kerana Allah mengkurniakannya...Alhamdulillah...

memang kite ad tahap di mana suatu hari nanti kita akan menjejakkan kaki ke alam pekerjaan perkahwinan kekeluargaan dan kematian...hanya masa shj yg tidak dpt dikenal pasti...


SEMAKIN JAUH KITA MELANGKAH DAN MENIMBA SEGALA PENGALAMAN, SEMAKIN BANYAK PERKARA BARU KITA LALUI.

SEGALA PERKARA YANG BERLAKU DALAM HARI-HARI KEHIDUPAN KITA SEMUANYA BERSEBAB.

JANGAN MENYALAHKAN TAKDIR KERANA ITU ADALAH KETENTUAN KITA DAN MENGAJAR KITA KE ARAH YANG LEBIH BAIK.


LEBIH BAIK MEMILIH ORANG YG LEBIH MEMAHAMI KITA DARI ORANG YANG HANYA INGIN MEMILIKI KITA.

 BIARLAH HANYA ALLAH SAHAJA YG TAHU SEJAUH MANA PERASAAN CINTA KITA TERHADAP SESEORANG ITU.


 the bloomy purplerose~ nur syazwani binti mohd zaini
'although my family and thousands friends are everything to me but
my this lonely heart still needed an important one's to hold to'

Thursday, February 03, 2011

Diri aku dan KoReA???

 

 

 

 

 

ape bendenye sume diatas ni….

dah tentulah gmbr kan…

tp disebalik kesemua gmbr2 yg terletak kat atas 2 ad berbgi cite2 yg nak d kongsi bersama….

kaitan antara diri ini dengan korea….

 

agaknye kan mcmane la boleh berkecimpung dlm bidang entertainment korea ni kan???

-mcm2 faktor yg menyebabkan sy bole terjebak ye….

 

dibawah adalah chronology sebelum n selepas terjebak dlm bidang bukan melayu nie….:-

 

- layan je cite2 korea yg ad kat tv…time 2 umo baru je lam tingkatan 1 or 2 gitu….x igt sgt maklumla da lame pass away zaman skola….

- sebab ape…jln citenye penuh ngan romantis n percintaan…woohoo…

-proses pinjam meminjam berlaku.…sebab x mampu nak beli….

-lepas 2 suke pulak kat lagu-lagu ost nyer….

-buat simpanan skit baru dpt beli cd…2 pun pirate nyer..

-x pelah janji boleh dgr lagu yg sedap2 2…

-semakin lama semakin menjadi2 korea nyer….

-cd lagu korea ost semakin bertambah….

-siap da boleh menghafal….

- time nak pmr stop dulu…

- sambung balik…tp x obses sgt dah….

-habis je form 5 spm….sambung balik…kat tv da semakin bnyk….

- korean fever raise up when further study at matriculation…

- pick drama series from various sources..mostly frends…

- tgk sume…smpi naek bosan….

- beralih kepada lagu – lagu korea…bkn shj ost malah singer2…solo ke group ke sume layan….

- dan sehingga kini korea tidak lenyap begitu sahaja kerana kebnykan lagu dlm simpanan netbook mostly 1 chart ialah korea….5++ giga….

various korean artist….

-x lupa jgk rancangan variety show….havoc klaka…huahuahua…

-cite pulak ad yg suke n tidak…kalo suke simpan..x suke buang….

 

 

 

kenapa suke drama n movie korea n variety show/game show????

 

-jalan cerita menarik…bersamaan dengan citarasa diri sendiri….

-dah tentulah pelakon2 yg hebat lg kacak….adoiyai sape la yg x terpikat….

-fesyen….

-lagu n skor music…

-shoot baek….

- lawak gile…

-memang best…x terkate…

 

kenapa suke lagu-lagu korea..???

 

-penataan music mmg baek…

-kompose lagu n music best…

-makne lirik2 lagu yg dpamerkan…

-kene dgn selera…

- kdg2 berkaitan dgn kehidupan yg sdg dilalui…

-ada instrument untuk setiap lagu/album

 

antara cerite2 yg penah tgk :-

 

winter sonata,autumn in my heart, stairway to heaven, goong, greenrose,my girl,glass slippers,im sorry i luv u,memories of bali, 200 punds beauty,my bf is type b,tutor friend,friend,taegukgi,full house,il ji mae,love story in havard,ur beautiful,stained glass,postman to heaven,iris,vacation,banjun drama,a millionaire’s 1st love,assasin,sad sonata,love to kill,lovely kim sam soon,which star r u from, cinderella man, spin kick,coffee prince, n bnyk lg…x bape igt….

 

korean artist yg tau:-

 

2pm,2am,b2st,kara,snsd,suju,sg wannabe,taegoon,rain,mblaq,b.e.g,dbsk,ft island,big bang, after school,4 minute,2ne1,fly to the sky,kim bum soo,hot,shinhwa,cnblue,park hyun bin,ukiss,untouchable,ss501,se7en,seo in gook,shinee,tei,kcm,4men,f cuz,teen top,double b,k.will,sm the ballad,wonder girl,…etc etc…

 

*oleh kerana terlalu bnyk cite2 korea, maka semakin bnyk la koleksi dvd-r yg mengandungi cerita yg dsygi shj….

 

 

Tuesday, January 25, 2011

Apa yang dirasakan…..

 

 

 

 

 

Kepada yang kusayangi dan kucintai seumur hidupku,

 

Terima kasih kerana sudi menjadi penyeri dan peneman hidupku selama kita berkenalan. Saya sangat bersyukur kepada Tuhan kerana telah menemukan kita walaupun dalam masa yang singkat. Selama perkenalan kita, saya tidak pernah merasakan kekurangan dan keburukan yang ada pada diri awak. Saya selalu melakarkan memori indah kita semasa bersama didalam ingatan dan didalam sebuah album istimewa kita berdua. Pada mata saya awak merupakan teman yang sangat tidak ternilai harganya. Awaklah pelengkap hidup saya setelah bertahun-tahun saya kesunyian tanpa teman disisi. Untuk pengetahuan awak, selama awak berada disisi saya kegembiraan saya tidak terhingga sehinggakan saya takut untuk kehilangan awak. Saya takut jika awak meniggalkan saya dalam sekelip mata dan hilang tanpa pengetahuan saya. Saya berharap dalam hati dan seluruh jiwa dan raga awak hanyalah untuk saya seorang. Saya rasa sangat bahagia apabila saya dapat buat semua perkara untuk awak. Saya akan berasa lega jika saya tidak membebankan awak. Saya harap apa semua yang saya lakukan untuk awak membuatkan hari-hari awak indah. Segala pemberian saya kepada awak hanyalah tanda sebagai ingatan awak kepada saya. Segala pemberian awak kepada saya telah saya semadikan ia ditempat paling agung sekali bagi saya. Saya tidak jemu menatap wajah awak setiap hari saya mencelikkan mata. Bagi saya setiap kali hari saya dihiasi dengan wajah awak, member saya semangat untuk hidup dan menempuh sisa-sisa hari yang tinggal. Cukuplah hanya awak sahaja yang berada dalam setiap sudut ruang hati saya. Orang lain tidak boleh menjadi pengganti diri awak dalam hati saya dan tidak akan sama dengan awak. Jika boleh saya lakukannya selagi hayat masih ada, akan saya menjerit disetiap sudut bumi bahawa “hanya awak yang saya cintai”. Jika boleh setiap saat saya ingin berada disamping awak supaya setiap saat yang tinggal itu boleh dipenuhi dengan memori yang indah-indah dan tidak terbazir begitu sahaja.

Awak, sesungguhnya saya tidak pernah berpaling daripada diri awak. Jika saya perlu pergi dahulu, awak harus teruskan hidup awak walaupun tanpa saya. Jangan sesekali melupakan memori indah kita bersama. Awak juga janganlah bersedih dan bermuram durja apabila ketiadaan saya disisi. Jika perlu dan mesti, awak carilah pengganti diri saya jika awak merasa sangat sunyi apabila keseorangan. Saya akan tenang disana jika awak sentiasa gembira dan bahagia dalam hidup. Jika saya tiada juga nanti, awak jangan lupa untuk solat lima waktu dan solat sunat dan baca alQuran. Sesungguhnya itu sahajalah penenang hati dikala hati gundah dan penguat iman tatkala iman semakin goyah. Untuk yang terakhir kali, HANYA DIRIMU YANG KUCINTAI DAN KUSAYANGI SEHINGGA DIAKHIR HAYATKU. Tiada yang dapat menjadi pengganti dirimu dalam hatiku.

 

Terima kasih untuk segalanya.

 

YOU ARE THE SIMPLEST LOVE I HAVE KNOWN AND THE PUREST ONE I HAVE OWN

YOU ARE THE REASON I FEEL SO ALIVE

AND CUZ OF YOU I DONT HAVE TO WONDER WHY

YOU ARE MY THE GREATEST LOVE OF ALL

 

Yang sentiasa mencintaimu;

Thursday, November 11, 2010

Hani…..Prasekolah….

 

 

 

 

unbelieveable my youngest sista go to preschool today for orientation program…

i think she still young n small to go to school…

hemm…

but believe or not…juz believe it..haha..

she’s going 6 yeears old next year…

NUR SYAZHANI BINTI MOHD ZAINI…

congrats….hope u do well in ur study…

hehe..luv u muakkkssss…..flying kiss 2 u….

7.55 kaur umah trus pegi skola lame ak..

daftar kan my sista Hani kat prasekolah dctu..

berjam2 jgk nak tgu..

ngan ucapan lah apelah…

ajk lah…blah blah blah…

hujan skali turun…

duk dak duk dak kol 10baru dpt balek umah …

mase die suh my sista beratur senyap je die…diam membisu seribu bahasa…malu kot…

jln nak g klas pulak…lmbt nye die jln..khayal lg tgk org…tp pegang tgn kakak die(ak la 2 yg anta)…

x pela…x biase lg kot..t lelame biase le 2…

dah nak msk klas pulak..kasut die letak tempat len pulak..

tp cikgu die kate..”adik kasut adik letak kat cni eh",ah bole dah msk klas”…

lepas je die dok lam klas ak trus balik….

 

11.25…kuar balik jemput balik plak….

sbbnye die abis klas kol 1130..

“ibubapa bole amik anak kol 1130 kat pintu pagar b ye…,jgn risau t cikgu2 kat cni anta smpi pintu pagar”….haha ayat ni mase briefing td…

yela x kan la nak biar dorang jln sendiri kot..t ntah kemane plak peginye..

pas2 ape lg…pegi bwk my sista g kedai..die nak beli kotak…

pegilah kejap…vroommmm…ngan moto baru…

pas2 three la haha..balek umah le…

 

*saje je 2lis mende nih…t bile my sista da beso nak suh die baca…baru la die tau upenye die camni dulu….haha….

 

12112010

~ini lah my sista HANI…the sweetest cutest kid..

time kat skola td~comelkan…huhu…

 

 

created by: syazwani

BAB dalam exam semester 3…

 

 

 

 

ah rasenye dah lame x menambahkan mengarang bercerita dlm blog ni..

agak2 dah bersarang agaknye…

cehh…ayat permulaan nak bek je kan..

tp x pe baru ad org nak bace ye x….

ape yg ak rase ek….

ah lega dah lepas exam….

dah beberapa hari kat rumah…

rilekskan minda..

dgn mengemas…basuh pinggan…dan paling feveret memasak ye..

hah mmg seronok dpt buat ape yg kite suke..

selen 2 mengadap tv lcd yg gmbo mmg bek punyer lyn one hd korea…

kbs world dan segala mcm citra lah b4u lah..ape2 je cite yg best…

yg penting d rumah ni ak kurang on9 24 jam…

kalo kat kolej 24 jam tanpa henti pun x pe…

nak cite ape ek kali ni..

maklumla da lame x mengarang …ni gara2 prepare nk exam kan..

hemm xpe..

nak cite 1 1 jela..senang cite..

 

BAB 1: before exam--

apalg sebok nak exam time ni la bnyk mende nak kene anta…

ngan assignment lah ape lah…test jgn cite la kan..

kalo bole tiap2 hari nak ad test..

coz carry mark lom cukup ntk dkira,…

ad 1 cite…dahulu menjadi rahsia tp sudah bocok…

citenye psl ak gembira sebab dpt tlg kwn…

haha…ak dpt tlg abg rizal siapkan sample book apparel die..

mmg ak gembira dpt tlg kwn ni…

bile kwn2 hepi ak pun hepi….

2 je..haha..rahsia klaka nye kamu wani…

time ni jgk sebok ngan csc..x abis2..tension kot x dpt2..

buang mase cam2 je..

dah la x study hard ntuk exam ni..

subjek2 len kelaut je study nyer..

hemm x tau la cane result t..

 

 

BAB 2:time exam--

time exam mmg otak jd gile…

time ni pun sy suke sebab dpt teman kwn saya azimah n sara pegi

ajar abg  rizal…csc n chm…

dlm mase yg same ajar la jgk sikit2..xkan la dok termenung jekan…

ad 5 paper ke dok ntuk exam ni..cam biase la ad paper kuar awl ad yg x..

depends on jawapan yg nak d2lis…

BAB 3 : abis exam--

apelg enjoy…tgk cite smpi merah2 mate x ckp tdo..

esoknye pegi jenjln kat jusco bukit raja je..

tgk wayng cite takers..best..

makan pizza melantak smpi 25 henget…

jln2 cuci mate…shopping x de…

sengket..

lusa balik umah hometown..wah seronok..

tdo je dlm bas..

smpi umah trus tgk tv..haha..

mmg rindu tv betol…

2jela..mls nak cite panjang…

dah x de idea nak 2lis ape dah..

benti jela smpi cni…

len kali 2lis lg yek…

e2pun kalo rasa nk karang…

 

created by : syazwani