MY `CRAZY LOVE` STORY (based on true story and experience)

Wednesday, October 03, 2012


Bila teringat balik kisah lama kadang kala sangat memalukan tetapi itu sebenarnya banyak memberi pengalaman kepada aku. Bagi aku selain dari belajar, memantapkan skill dalam apa jua yang aku ingin miliki pengalaman juga perlu sebagai `alat bantuan` dalam setiap perkara yang  akan aku lakukan.
Penceritaan yang ingin digarap pada malam yang hangat ini diiringi dengan muzik untuk dendangan halwa telinga yang berbagai genre aku dengar telah meluahkan begitu banyak idea-idea cerita dan isi-isi yang akan dimampatkan. Ada suka, gembira, ceria, sedih, pilu dan macam-macam 1001 perasaan menusuk minda aku.
Klu atau pembayang untuk MY STORY malam ini ialah CINTA atau LOVE. Semua orang ada cerita tentang cinta tapi setiap satunya berbeza jalan cerita. Jadi cerita yang ingin aku sampaikan adalah daripada pengalaman yang aku lalui. Cerita ini mungkin tidak Nampak sangat menarik atau sekadar ordinary sahaja tapi sebenarnya tujuan hanya untuk berkongsi dengan sesiapa sahaja yang rajin membaca apa sahaja genre cerita.

Kisah ini bermula sewaktu aku  menetap di kolej selama setahun. Aku telah ditakdirkan untuk jatuh hati kepada seorang hamba Allah yang bernama lelaki. Lelaki ini tidaklah sekacak Josh Harnett tetapi lebih tinggi drpd dia, cukup solat dan mengaji, pandai, minat bersukan, tidak terlalu rapat dengan perempuan. Bagi aku yang istimewa dia ini di mata aku ialah ketenangan pada wajahnya bila ditenung dan senyumannya. 2 perkara ini sahaja membuatkan mata aku terus buta oleh CINTA.

Ah rasa kelakar sebab apa sahaja yang dia buat aku suka. Ini gila bayang tahu. Bertambah la gila bayang apabila aku dan dia satu kuliah. Dan sekarang adalah masa aku naik miang. Boleh pulak aku duduk dekat kerusi yang akan satu baris dengan dia tujuannya adalah untuk memerhati sepanjang kuliah dijalankan. Aku lagi suka kalau kuliah lama terutamanya kuliah kimia dan fizik. Bila difikir balik macam terlalu Nampak yang aku memang suka gila kat dia. Aku banyak tahu pasal dia daripada kawan baik aku sendiri sebab dia satu kelas dgn kawan baik aku. Serba serbi mengenai dia aku tahu. Lama kelamaan kesemua budak kelas dia tahu memang aku suka snagat kat dia. Nak kata aku rasa malu pun tak jugak sebab semua budak kelas dia memang aku kenal. Haha nasib baik takde la rasa malu sangat. Itu jadi perkara biasa bila suka seseorang.
Dalam beberapa bulan akhirnya dapat juga aku dan dia berkenalan, bertegur sapa tapi aku masih tak berani nak minta no telefon.MALU. lama kelamaan dapat jugak daripada bff aku tapi dengan kebenaran dia. Apalagi suka girang aku tak terkata. Setiap hari sebut dia dia dia, cerita semua pasal dia kat members bilik dan yang rapat2. Kalo boleh nak SMS tiap2 hari tapi disebabkan berbeza talian so terpaksa selang seli untuk menjimatkan kredit. Tapi aku masih tidak berani menelefon dia dan menyatakan hasrat hati aku.  Aku je yang selalu memulakan dahulu. Dan sekarang sudah berani telefon tapi tidak selalu dalam sebulan 2 kali sahaja. Makin bertambah gila meroyan agaknya aku masa tu. Mesti dia ingat aku terhegeh-hegeh sangat kat dia.haha lawak gile..

Ada satu masa tu aku telefon dia aku jadi romantik jiwang gile. Apa yek dialognya ah bunyinya begini`kalau ada bulan dan bintang awak nak pilih yang mana?`yekk bile ingat balik rasa nak muntah ada jugak. Apalah NUR SYAZWANI ni buat agaknya. Memalukan diri sendiri. Pada masa yang sama aku pulak buat pengakuan SUKA CINTA kat dia. Tapi jawapannya bergantung tanpa tali. Tapi aku tak sedih sebab aku dah tau apa jawapannya. Biasa la itu namanya lelaki itu matang dalam membuat sesuatu keputusan. Lagipun dia ada tanggungjawab lain selain daripada bercinta ni.BAGUS. waktu itu kan tengah belajar mungkin bagi dia masa kurang sesuai. Opps terlupa aku suka dia bersilat. Itulah x factor dia yang buat aku bertambah suka dekat dia.

Waktu ke pengakhiran semester dah nak dekat tapi aku takda satu pun gambar dengan dia. Dengan semangat kental yang kuat dan berani pada waktu majlis MAKAN MALAM aku dan dia bergambar. Dan mungkin juga adalah takdir jodoh kami sewaktu PERTANDINGAN KAWAD KAKI aku dan dia sama-sama turut serta tetap mengambil kesempatan ambil gambar bersama. SERONOK nyeeee...





Ada satu masa aku sedih sangat bila terasa waktu perpisahan semakin dekat. Aku pernah mengalirkan air mata semasa bercakap telefon dengan dia. Fikiran aku waktu itu sangat sedih untuk berpisah.`kalau ada jodoh pasti kita akan bertemu lagi, jangan bersedih` itu kata-kata dia yang aku masih ingat.

Aku ingat lagi masa hari jadi aku.aku ada pelan dengan member aku supaya ingatkan dia tentang hari jadi aku tu supaya dia telefon aku sebagai orang yang pertama. Bila je die telefon aku senyum sampai ke telinga tau terlompat-lompat kat atas katil adalah jugak. (tersenyum sebab rasa macam budak-budak)

Bab lain pulak sewaktu peperiksaan terakhir, untuk semester pertama aku ada bagi si dia hadiah Tali Leher dan Surat Cinta (haih). Habis je terkejar-kejar aku cari dia. BFF aku turut terlibat sama. Disebabkan berdebar-debar BFF aku yang menyampaikan hadiah itu.aku tengok dari jauh je. Padahal lari berkejar bagai nak rak supaya dia tak hilang dari pandangan.tujuan aku bagi tali leher supaya bila dia pakai dia ingat siapa yang bagi. Tujuan surat cinta tu pulak supaya senang die nak selit2 surat 2 kat buku supaya nanti mana tahu satu hari dia terjumpa balik sampul surat tu die suka kat aku pulak. Angan- angan aku sahaja masa tu.kalau itu menjadi takdir aku dan dia alangkah seronoknya cerita ini jadi mimpi yang nyata.

Bila dia main bola waktu petang aku mesti turun tengok dia main. Ada satu masa tu PERTANDINGAN ROKET, aku turut serta tapi tidak menyangka yang dia pun ada sekali. Malunya bila roket aku tu melayang dah la ramai orang pulak masa tu dengan dia pun ada.SO SHAME. Tapi walaupun dah tersingkir awal dia dapat masuk AKHIR jadila.aku pegi jugak sokong dia. Akhirnya menang jugak dia. Aku siap wish tau. Aku ingat lagi masa tu dia dah jalan kat depan dengan kawan-kawan pastu aku terus telefon dia dan aku suruh dia pandang belakang aku lambai dan ucapkan tahniah, dia hanya tersenyum memandang.Aku pulak apalagi gembira sakan. Balik bilik masih terbayang-bayang.

Aku rasa ini sahaja cerita aku `cinta gila / CRAZY LOVE`. Walaupun terputus hubungan sebab aku dan dia mengikut hala tuju ke university masing-masing. Setelah lama tidak berhubung, akhirnya aku diberi kekuatan untuk menjalinkan kembali persahabatan aku dan dia melalui mukabuku serta telefon bimbit melalui pesanan ringkas. Hanya jalinan persahabatan sahaja yang boleh menjadikan kami berdua terus berhubung. Jika jalinan percintaan bukan takdir aku dan dia pasti ada hikmah disebaliknya. Ia satu pengalaman bagi aku walaupun hanya sedikit. Terus terang aku memang tidak pernah bercinta dan berpasangan dengan sesiapa pun selama 22 tahun.

SEMOGA SESIAPA YANG MEMBACA KISAH PENGALAMAN DIATAS DIHARAP TIDAK BERSANGKA NEGATIF MAHUPUN POSITIF. ANGGAP SAHAJA IA SEBAGAI HIBURAN BAGI ANDA.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGIKUTI KISAH INI…

Now I’m realize that my soulmate that arrange by ALLAH will present when the time has come. Maybe it is not today but maybe tomorrow. I do not know so do everyone in this world.