Monday, March 04, 2019

Nafas Baru dan Inspirasi

Assalamualaikum,

Rasanya dah lama meninggalkan blog ni kerana tidak berkesempatan untuk menulis apa sahaja tentang diri aku pendapat aku dan apa apa yang aku ingin ceritakan.

Bila buka je lembaran baru ni banyak sangat habuk...atas bawah kiri kanan debu setebal seinci...
Nampak tak tipunya kan..hihi..

Entah la tiba tiba rasa nak menulis balik oleh kerana 'this exotic guys' pernah berkata ttg blog aku ni..Selain luahan perasaan, pendapat dan tentang diri sendiri mungkin kali ini lebih banyak untuk mengarap.Jika dapat setiap apa yang aku lakukan selama 29tahun ini nak dicatatkan disini.Tapi tengoklah jika ada lebih masa Insyallah pasti ada disini.

Harapnya tahun 2019 ini akan ada satu keajaiban untuk aku menemui kebahagian.Banyak telah aku lalui tahun tahun yang lalu.Macam macam benda yang aku hadapi selama 29 tahun ni.Cumanya apa yang telah berlalu dan berlaku akan menjadi sejarah dan kenangan.Baik yang sedih  gembira suka duka.

Bila fikir fikir balik rasa macam banyaknya benda nak dimasukkan dan dipadatkan kat dalam blog ni...Hampir 7 tahun tidak terusik halaman ni.

Banyak benda nak cerita dan banyak benda nak kongsi.

Jari jemari aku dan otak aku sedang bergabung tentang apa yang nak dituliskan untuk hari hari yang akan datang.Sel sel semua tengah bekerja .


Tengok gambar pun dah tahu depa tu maksudnya banyak gila nak diceritakan.